song!

Thursday, December 6, 2012

KEJE + STUDY

Hai Assalamualaikum semua...
hari ni aku nak update pasal keje dan belajar..

memandangkan aku hanya ada kelas sehari sahaja, so aku aku ingat nak keje juga ar..
aku punya kelas hari khamis pagi & petang..so aku akan balik kampus hari rabu...
hari lain tu aku keje ar...

minggu pertama mcm xbiasa agy..sbb penat..aku sampai KL malam..
esok pg masuk keje...anyway aku dah kena marah ngan kawan aku..sbb aku keje...
bukan apa..dia risau aku balik KL mlm2..sorg2 pulak tu...

bukan apa..dari tak buat apa2 kat rumah, baik aku keje..dpt duit...
so lepas ni tak payah minta parents duit kalo nak pegi mna2..huhuhuh...
tp aku tak tau aku boleh bertahan ke x..sbb sangat memenatkan...
agy 1..aku takut xboleh bahagikan masa..antara belajar dengan kerja...
agy1..aku takut aku xsempat buat assignment je..huh!! cam ne tu???!!!!

buat masa skrg ni..semua terkawal..tp aku tak tau ar akan dtg mcm mna..harap2 semua berjalan dgn lancar..aminnnnnnn....


*penat

Thursday, November 15, 2012

KERJA..KERJA..KERJA!!

Assalamualaikum..hai semua..
dah lama aku xupdate blog aku ni..
apa khabar semua? huhuhuhuhu...
dah sebulan aku start cuti semester..dan tak lama agy akan bermula semester baru..
huhhuhuhuhuhu....

macam biasa..aku akan kembali ke tempat kerja lama..
Felda D'saji..part time...
setiap semester mesti aku bertukar2 group...

baru2 ni ada 1 perhimpunan berlangsung di UiTM Shah Alam..
Perhimpunan Generasi Baru Belia Felda...
so ketering aku terlibat sepanjang upacara itu berlangsung...
aku pun terlibat juga...so sepanjang aku berada kat sana..
ramai dak2 puncak aku jmpa kat sana... terubat rindu aku kat Puncak..

tapi sangat memenatkan..sebab masuk kul 7 pagi..balik kul 2 pagi..
esok tu pun sama juga..cuma balik awal skit ar..kul 6ptg...mlm tu jaga function PICC pulak...
penat giler huhuhuh....
walau pun aku dah tukar group...aku tetap rindu member aku yg lain..yg sama group ngan aku dulu...
huhuhuhuhu....

bila kita kerja ni..dapat ar lupakan kwn2 kat Puncak..huhuhuh....

miss them a lot!! huhuh

Tuesday, October 30, 2012

KAULAH SEGALANYA!!

Assalamualaikum! hai semua..
hari ni aku nak bercakap tentang 'KAULAH SEGALANYA'..
pernah dgr lagu tu? lagu 2 ada 2 version, 1 dari Indonesia dan 1 lagi dari singapura..
tapi aku lebih suka version singapura nyanyia Hazrul Nizam kalau tak silap lah...
aku tak tau kenapa..setiap kali aku dgr lagu ni, aku rasa sebak..
lagu ini boleh ditujukan kepada pasangan yang bercinta, baru berkahwin, sudah lama berkahwin (nak manja2 lah tu)..atau pun untuk rakan2 baik anda..


hah! yg gmbr kat atas ni..mmbr2 aku dekat Felda D'saji (ketering)..dalam masa sebulan je..ktorg dh boleh ngam..sbb masing2 sporting..so aku start nyanyi lagu Kaulah Segalanya..semua terikut agy2 Ekin ngan Ika..2 beradik yg sangat happening..yg mna 1? kolum bawah skali sebelah kanan (pembaca)..so bila nyanyi lagu tu, akan teringat ar kat dorg semua..


hah! yg ni plak antara kwn2 aku yg sentiasa buat aku ceria..huhuhu...lagi2 yg atas skali...2 gmbr tu..best friend aku tu...ktorg sama2 minat lagu ni...kalo play je..masing2 nyanyi ngan penuh perasaan..hhahahahah...yg lain ni...lyn je lagu apa yg aku nak play...hahhhahahahaha...

Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinarikan
Mekar semula hatiku,

Kau lukis hidupku
Kau hias hatiku
Kau sambut cintaku tulus ikhlas
Suci hatimu kasih

Kaulah segalanya,
Yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya
Yang ku cintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati

Hulur tanganmu kasih,
Sambut cintaku,
Jangan tinggalkan daku seorang diri
Tak sanggup lagi dilukai

Maafkan aku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu, betapa pahit mu,
Menerima sejarah hidupku

Kaulah segalanya,
Yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati

Cintaku padamu, ikhlas sejati..

keikhlasan dalam persahabatan itu sangat penting. janganlah menilai seseorang kawan itu melalui luarannya tetapi melalui dalaman. cinta juga tidak semestinya untuk seseorang yang bergelar lelaki, tetapi cinta dan sayang terhadap sahabat perlu ada. jadi, hargailah sahabat anda sebaik-baiknya...



Thursday, October 25, 2012

FAMILY MUSANG BERJANGGUT

Assalamualaikum...hai semua!!!
ok...setelah hampir sebulan semester 5 melabuhkan tirainya....
aku merindui saat2 kami bersama..

TEATER LAGENDA: MUSANG BERJANGGUT


ni ialah 7 perlakon yang dinilai...


kami ialah perlakon tambahan...


ni pulak penari dan pelakon tambahan....

SHOW TIME!!!



 

 


 



pengarah & tenaga artistik...

aku sangat merindui kenangan teater ni..walaupun aku tidak dinilai...tapi kami seperti keluarga... :)





Tuesday, October 23, 2012

SUNYI...

Assalamualaikum....hai semua...
kali ini aku nak bercakap tentang 'SUNYI'...
itu yg aku sedang rasa skrg...uhuhuhu

menurut kamus dewan, Sunyi bermaksud tak ada bunyi, suara, lengang, senyap dan sama waktu dengannya...tapi sunyi yang melanda dalam diri aku ni..sunyi tanpa kawan2 aku...

selama 2 tahun setgh..aku bersama2 dia..susah senang dengan dia..sakit dia..sakit aku...susah dia..susah aku..kami senang bersama...aku akui kdg2 kami mudah terasa hati..tp bg kami..itu semua perkara biasa...aku teringat kata2 seseorg pada aku...

"mencari suami berbeza dengan mencari kawan sejati..mencari suami biarlah kontra dengan kita..tapi mencari kawan sejati biarlah sekepala dengan kita.." dan akan aku igt kata2 tu...

aku bahagia apa yg dia kecapi sekarang...kebahagiaan dia..kebahagiaan aku juga...walaupun aku masih tersangkut disini, tapi kata2 semagat yg dia berikan pada aku..akan aku gengam untuk dijadikan semangat pada aku...

arggghhhh!!! tapi aku tetap merasa kehilangan...saat aku berjuang sendirian..aku tetap merasa kesunyian...siapa lagi yg akan membebel ditelinga ku? kejut aku bangun untuk ke kelas? marah aku jika tidak melakukan assignment? tegur kesalahan aku? makan bersama2? menangis bersama2? siapa kah? arrghhh!!! sedihnya kalau di ingat balik...

aku tak suka sunyi..memang life aku kalau tidak ngan keluarga..aku akan bersama dengan kawan2 aku...sunyi membuatkan aku menitis air mata...AKU TAK SUKA KESUNYIAN...



SUNYI....

Friday, October 19, 2012

Sengal..

hari ni aku nak bercakap tentang perkataan 'SENGAL'...
'Sengal' sebenarnya bermaksud sakit sendi2..lenguh badan2..yang sama waktu dengannya....
tetapi 'Sengal' juga mempunyai maksud tersendiri...huhuhuh
ianya sering digunakan oleh remaja sekarang...

'Sengal' yang aku maksudkan ialah sama maksud dengan bengong..huhuhu...
rakan2 aku sering menggunakan perkataan tu jika aku melakukan sesuatu yang kdg2 bagi mereka kelakar...dan mereka akan berkata begini.. "sengal lah kau ni..."
junior2 aku pun begitu..."sengal lah akak ni..."...

aku akui kdg2 aku juga akan menggunakan perkataan yang sama kepada mereka...
sampai rakan aku menggelarkan aku...'SENGAL'..dan letak di telefon bimbit dia.. 'Ekin Sengal'...hahahaahah....benda tu kdg2 buat aku ketawa sendirian bila diingat balik..heheheheh

kadang2 aku akan berkata begini kalau seseorang kata 'Sengal' kat aku...

"no wonder ar badan aku selalu sakit2..sengal2...rupanya kau orang selalu sebut perkataan tu'..hahahahah
bnda tu membuatkan dorg ketawa dan "sebab tu ar aku kata kau SENGAL"....apa yg aku bleh wat ialah... senyum smpi ke telinga... :)

Thursday, October 18, 2012

Artistic Writing July'10

Assalamualaikum!! hai semua...
hari ni aku nak update tentang tajuk diatas...
apa mksudnya?
aku merupakan pelajar Diploma Artistic Writing di UiTM Puncak Perdana...Fakulti Filem, Teater & Animasi....jom tengok gmbr dibawah....


ni lah kami ketika berada di semester 1..kalau cari aku memang tak jumpa..sebab masa ni aku lari..sbb muka aku menggelupas teruk masa tu..huhuhuhu....kami tidak di interview untuk masuk dalam jurusan ni...jadi sebahagian dari mereka tidak tahu apa2 tentang jurusan ni..tapi alhamdulillah 90% dari mereka akan bergelar graduan tidak lama lagi...
bila di tanya tentang juruasan ni..pilihan jurusan..sume kata ni merupakan pilihan 4..pilihan ke 5..6..8 dari 8 pilihan...apa yang mereka harapkan semuanya tidak berjaya...tapi mereka tetap meneruskan apa yang telah mereka perolehi....


lelaki ini ialah pensyarah kami..seorang sasterawan iaitu Abdul Ghaffar Ibrahim..atau lebih mesra dipanggil AGI...tapi kami gelarkan dia Ayah AGI...beliau seorang yang sangat jujur dan berhati mulia. walaupun kata-katanya kdg2 menyakitkan hati, tapi mempunyai maksud yang tersembunyi...bila difikirkan balik, ada betulnya..beliau makan garam dulu dari kami..pengalaman jgn dipersoalkan..bagi kami beliau adalah pensyarah terbaik kami...sepanjang 2 tahun stgh kami bersama...dan aku mendpat gelaran baru 'SHERRY'.. hahahahha...jujur aku kata, mula2 memang aku tak suka dengan gelaran tu..tapi lama2 aku terima dan aku mula merindui suaranya yang memanggil aku dengan panggilan 'SHERRY'....


well..ni lar kami setelah 2 tahun setengah...aku tetap tak ada dalam gambar..sbb masa tu aku sedikit emosi..hehehehe...yelar sedih utk tinggalkan kawan2...5 semester kami bersama..suka duka..gaduh...berbaik...kutuk mengutuk..semua ada...tapi kami tetap bersama...mungkin kita tidak lagi bersama selepas ini...tapi setiap memori akan terpahat dalam ingatan...sekali lagi tahniah kepada korg semua kerana bakal bergelar graduan Diploma Artistic Writing, Fakulti Filem, Teater & Animasi, UiTM...

remember...

EVERYTHING STARTS WITH WRITING...

:)

Wednesday, October 17, 2012

Friends Ever...

Hai Assalamualaikum...huhuhuhuh
dah lama sangat aku x update blog..
terasa nak update plak..jom tengok tajuk... Friends Ever...

dalam kehidupan kena ada kawan...tak kisahlah siapa kawan kita..lelaki atau perempuan..penerimaan kita terhadap rakan kita sangat penting. mungkin orang itu tidaklah kaya..tidak sempurna..tapi penerimaan kita bagaimana pula?

penerimaan aku terhadap kawan aku? aku menerima sesiapa yang ingin berkawan dengan aku..tipulah kalau aku cakap aku tak pernah sakit hati dengan kawan aku sendiri...aku akui aku tak pandai nak marah terlalu lama..kerana aku mudah mengalah...tapi orang yang pandai tangkap waktu aku tengah marah adalah orang yang bijak dan betul2 mengenal aku...aku mempunyai pendirian..jika seseorang itu menerima aku seadanya..aku juga akan menerima seseorang itu seadanya...siapakah kawan aku itu? jeng..jeng..jeng....


hah!! ni lah kawan aku..yang free hair tu tau..(tudung merah tu aku)...huhuhuhu...nama dia Intan Syawani Abdul Wahid..dia antara kawan aku sejak aku mula jejakkan kaki dekat puncak...classmate aku..aku sayang dia mcm aku sayang keluarga aku sendiri..aku sedih kalau dia nangis..dia tau masa bila aku marah..kalau aku ttba diam..xlyn orang sangat..dia tau aku tengah marah...dia satu2nya yang kawan aku yang terbaik aku pernah jumpa...aku hampir marah seseorang yang membuatkan dia nangis..tp aku masih kawal emosi..aku akui..kami tidak serapat dulu..kerana dia amat disenangi oleh rakan2 yang lain..tp dia tetap menadah telinganya untuk mendengar setiap masalah aku atau rakan2 nya yang lain..aku faham orang bercinta mmg sibuk..tp dia tak pernah lupa kawan2 dia...dia juga antara kawan aku yang selalu bebel kat telinga aku tapi bg aku..aku suka..sbb tak menyakitkan hati..aku pernah marah dia tanpa usul periksa..tapi ianya tidak lah melarat..tp masing2 bijak mengawal emosi..dan dia pandai meredakan keadaan..hehhehehe.. aku berjaya mengawal emosi saat dia ucapkan selamat tinggal..tp aku senyum...walaupun hakikatnya aku terlalu sedih... :)


hah!! yg rambut tinggi ni pulak, Nurfahara Ain. sape dia pada aku? dia adik aku..hahah asal aku cakap macam tu? perwatakannya yang gedik dan manja membuat kan aku berkata begitu. aku mula kenal dia masa semester 1..tapi semakin lama, kami semakin renggang dan buat hal sendiri..jarang tegur lepas tu..sbb masing2 terikat dengan komitmen masing2..aku dengan dia bukan lah sekelas..kami berlainan jurusan tetapi kami satu fakulti..kami kembali rapat ketika semester 5..aku dan Intan join showcase Teater Lagenda Musang Berjanggut dan dia ialah Pengurus Produksi (PM)..aku boleh cakap dia PM yang baik..sbb aku pernah cuba ponteng latihan dan aku cakap 'kalau kau nak aku datang latihan, kau kena call aku..sbb aku nak tidur'...dia call betul2..tak sangka aku...dia mudah gelabah tapi aku suka tengok dia..hahahahha....setiap masalah aku banyak luahkan pada dia..dan dia antara mangsa aku yang aku suro untuk kejutkan aku bangun tidur..heheheeheh....lagi satu aku nak bagitahu, dia seseorang yang sangat mudah mengalirkan air mata...aku gelarkan dia SENGET..gara2 filem H.A.C.K.S..aku pernah buat dia nangis..mula2 sbb aku pura2 sentap dengan dia..lepas tu aku marah dia...agy 1 dia hampir nangis bila dia igt aku sentap dengan kata2 dia..masa tu aku bergurau dengan dia..try nak bwk lari fon dia..ttba dia ckp mcm ni... 'bila aku dah ngantuk, aku tak suka pandang orang yang aku tak suka'..aku terus diam n aku pulangkan balik fon dia..dia igt aku sentap..dengan sekuat2 nya dia tarik aku..tenaga mana aku pun tak tau...hehehehehhehe...

persahabatan yang indah adalah persahabatan yang kekal. Sahabat yang baik adalah sahabat yang menerima kebaikkan & keburukan sahabatnya..sahabat yang jujur adalah sahabat yang tidak menggunakan kelebihan sahabatnya itu..ingatlah...

PERSAHABATAN YANG TERJALIN LEBIH BERMAKNA BANDING PERCINTAAN YANG MASIH KABUR HALA TUJUNYA

Wednesday, May 23, 2012

PART TIME!!

Assalamualaikum!! Hai!!

perrrggghhh!!! dh lama juga x update blog ni..huhuhuu....
byk cerita aku nk story dlm blog aku ni...
selepas hampir 2 bulan aku cuti..start balik keje lama..
aku rasa happy...mula2 mmg ar aku keje sorg2...skrg ni aku dh join group ni...
mmg ar xramai..tp Alhamdulillah aku rasa aku boleh masuk ngan dorg...





dari kiri: Wani, Ika, Ikin, Ema (tertinggal sorg..Zana)

dorg ni pun gila2 gak..lagi2 Ika ngan Ikin tu..2 bradik yg slalu gaduh2 manja...nnt aku dh start kelas..mesti aku akan rindu korg kan..huhuhuhu...pape pun best dpt kenal ngan korg..dpt hangout ngan korg...  :-) peace

Thursday, March 29, 2012

CUTI SEMESTER!!!!

YEAH!!! dah cuti semester!!!! selama 2 bulan...
hmmmmmm.....apa nak wat ek??
plan nak keje ar....tp keje apa ek???

1. sama ada keje semula dgn Felda D'saji (ketering)
2. cari keje baru...

hmmmmm....

mak aku cakap ada org nak amk upah..tolong dia buat kuih bahulu..
aku mcm minat je..aku suka buat2 kuih ni..hehehehhehe....
cam ne ek?? nak pilih mana??? huhuhuhuhuhuhu...

apa2 pun mana2 pun boleh asl kan duit sentiasa masuk...
xde ar membesarkan badan kat umah...huhuhuhuhuhuhu....
boleh guna buka semester baru nnt... :)

Thursday, March 1, 2012

SAHABAT..

hai..assalamualaikum...hari ni nak post agy slide show yg saya buat utk kwn2 saya..heheheh...


bleh tgok kat youtube... huhuhuhu link di bawah.. tnpa link ni..anda xboleh tgok..heheheh

http://www.youtube.com/watch?v=kz8N7T6c5Lk&feature=youtu.be

Monday, February 27, 2012

LAST WEEK

yes!! skrg ni dah minggu ke 14..next week is study week..pastu exam!!!
grrrrrr....sgt stress this sem....

minggu akhir ni banyak kerja nak kena submit..Ya Allah....bila dah mcm ni..kami dan housemate gigih wat kerja...touch up kerja...sgt stress bila kelas repeat ada presentation dan clash ngan kelas lain!!!! arrrrghhh!!!

kalo sempat..sy akan jumpa akk2 degree yg kenal ngan sy...kalo xsempat...kita jumpa gak..tapi di FACEBOOK...huhuhu....insyaAllah...

ok ar..byk kerja ni...bye...have fun...

Wednesday, February 22, 2012

LAST MINUTE

semua orang pernah menjadi seorang pelajar..lagi2 pelajar IPT..so bila ada assignment, mesti ada segelintir pelajar akan melakukan kerja last minute. Masa tu masing2 memujuk buah hati masing2 untuk kejutkan awal..dah ar tido lambat, kena bangun awal pulak..mcm aku..wat pertama kalinya, aku tidur pukul 4pagi bangun balik pukul 6.30 pagi. Masa tu mata ni dah pedih..tapi kena tahan juga. Sebab ada agy kerja yg nak submit esoknya. Pukul 10.30 pagi. Tapi memang salah diri kita juga sebab tak pandai bahagikan masa. lepas tu..


hamik kau!!!!




(gambar hiasan)

Thursday, February 2, 2012

Cinta

Cinta?? sape yang tak nak bercinta..semua orang nak bercinta..semua orang nak percintaan mereka berakhir ke jinjang pelamin. Tapi kita lihat sekarang, apabila pelajar sekolah bercinta, mereka hanyalah suka2..atau erti kata lain, cinta monyet. Sbb tu kita lihat remaja sekarang, suka bertukar-tukar perempuan. Apabila ditanya mengapa berbuat demikia ini jawapan mereka "aku belum nak kahwin agy..wat pe nak fikir itu semua" yes..mungkin itu betol..tapi apabila mereka meningkat ke angka 20, mereka akan terus berubah. Percintaan mereka akan menjadi lebih serius. Sbb tu kita dapat lihat, ramai remaja berumur 20 tahun ke atas, sudah bertunang. Ada juga kawan2 aku yang dah bertunang, kahwin pun ada. Mungkin itulah jodoh mereka. Lagi pun kalo dh ke hulu hilir ngan anak dara orang tanpa ikatan kan berdosa, kalo dah suka, lebih baik nikah.

Bagi aku, aku nak bercinta dan berkahwin (tapi bukan sekarang). Aku nak lelaki yang boleh menerima keluarga aku, boleh menerima diri aku, sebaik2 aku dan sejahat2 aku. Lelaki itu haruslah mempunyai masa depan. Bukan nak memilih, tapi lelaki wajib memberi nafkah kepada si isteri, bukan isteri yang beri nafkah kepada lelaki (aku bukan kaki kikis). Selain itu, lelaki itu mestilah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan boleh membimbing aku kearah kebaikkan, insyaAllah...amin....



*nampak tak aku dah mula nak merepek?? 
ahhahahahahaha

Keep Holding On


keep holding on....


http://www.youtube.com/watch?v=VH0bDQ-gmiA&feature=youtu.be

Goodbye Friends

the only thing that i can say...

Friday, January 27, 2012

BOSAN!!!

Assalamualaikum...hai malaysia...heheheh
sebenarnya saya kebosanan disini...so bila sy bosan..sy mesti rindu kawan2 saya...
lebih2 agy kakak2 saya...
kakak yg mna??? heehheheheheh

adalah....ahahahahahha.....


tgok ar slide ni...nnt korg tau ar kakak2 yg mna...hehehehehhe

http://www.youtube.com/watch?v=Nm5hCZb9n9o&feature=youtu.be
 
 
enjoy!!

Wednesday, January 18, 2012

TEKANAN!!! NAK DORG!!!

aku terasa stress sgt..nk jmpa dorg sume ni bleh x???
















aku nak jumpa dorg...sumpah...plezzz....huhuhuhuhuh




jgn asyik nak nagis je ekin!! ish!! akan ni makan dia!!!

Sunday, January 15, 2012

Monolog & Air Mata...

Assalamualaikum..hai korg...tgok tajuk di atas ^ ...monolog dan air mata..kenapa aku ckp mcm tu??

huhuhuhu...sbnrnya 15 January 2012, aku gi tgok persembahan teater di Stor DBP...persembahan oleh pelajar2 UPM...MONOLOG BEBAN DUNIA..sbyk 10persembahan...salah sorg dari mereka ialah Alumni UiTM/TeKA...

BICARA SEKEPING HATI.. <---tu ar tajuk utk persembahan Alumni UiTM itu...
salah 1 persembahan yg membuatkan air mata aku mengalir..mungkin aku kenal watak dalam cerita dia...
dan aku cuba berimaginasi..yg paling best..dia pki bju teater ASYURA...baju yg dia prnh pki time kat UiTM dulu..amik semangat katanya...huhuhuhuhu

selesai  persembahan, aku pergi jumpa ngan dia..dia menangis kerana xsangka aku akan dtg utk menyaksikan persembahan dia mlm tu...aku menahan air mata,,mana xnya..setelah 10 bulan..baru dpt jmpa dia...huhuhuhuh...kami berpelukan...kawan2 dia sume perhatikan kami..

aku hanya ada masa 5 minit je utk bersama ngan dia...huhuh...sedih giler kot bila nak balik tu....aku tgok balik video yg aku rakam..pun nangis jugak...



 
http://www.youtube.com/watch?v=B-GHFwFQe8I&feature=youtu.be



itulah Monolog & Air Mata...huhuhuhuhuhu


nak nangis agy boleh tak????

Thursday, January 12, 2012

KERANA BLACKBERRY

Mengisahkan seorang perempuan, Diyana yang terjumpa sebuah telefon bimbit jenama Blackberry. Jadi dia pun pergi ke pusat Blackberry untuk mencari pemilik telefon itu. Jam menunjukkan  12 tengahari. Pekerja disitu memberinya nama, nombor telefon dan alamat pemilik telefon bimbit tersebut. Pemilik telefon tersebut menetap di rumah sewa sekitar Kuala Lumpur. Kemudian Diyana pergi ke rumah tersebut. Dia sesat dan tidak menjumpai jalan menuju ke rumah pemilik. Hampir satu jam Diyana sesat dan akhirnya barulah dia menjumpai rumah yang dia cari. Ketika itu jam menunjukkan 1.30 tengahari. Tuan rumah tersebut mengatakan yang orang yang cari telah pindah dan tidak menetap lagi disitu. Dia diberitahu yang pemilik rumah tersebut kini menetap di Johor Bahru. Dia perlu berfikir sama ada perlu atau tidak dia ke Johor Bahru untuk menghantar telefon tersebut. Dia mengajak abangnya untuk menemannya dan pada mulanya abangnya tidak mahu, tetapi Diyana beriya-iya mahu mencari pemilik Blackberry itu dan akhirnya abangnya bersetuju.

Dia kemudian pergi ke rumah baru pemilik tersebut di Johor Bahru pada pukul 2.30. Sebaik sahaja tiba di Johor Bahru, kereta milik perempuan tersebut rosak dan terpaksa dihantar ke bengkel. Jam ketika itu sedang menunjukkan 7.30 petang. Pada jam 8.30 malam barulah mereka pergi ke destinasi. Hampir satu jam dan mereka masih belum jumpa rumah pemilik telefon bimbit tersebut. Mereka berhenti di sebuah perhentian bas ditepi jalan. Dia dan abangnya berpecah untuk mencari lokasi tersebut. Diyana menyeberang jalan untuk bertanya kepada dua orang lelaki. Dia ingin bertanya di manakah lokasi seperti yang tertera di kertas tersebut. Tiba-tiba begnya diragut dan mereka melarikan diri menggunakan motosikal.

Tapi malangnya, peragut tersebut salah. Disangkakan beg itu mempunyai barang berharga, tapi ternyata tidak. Diyana seorang yang bijak. Dia tidak meletakkan beg duitnya, telefon bimbitnya dan telefon bimbit yang dijumpai itu ke dalam begnya tapi diletakkan dalam saku seluarnya. Dia dan abangnya pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Ketika itu jam sudah menunjukkan 10 malam. Mereka meneruskan perjalannya mereka. Mereka berhenti untuk makan malam. Seharian mereka tidak makan. Mereka berhenti disebuah gerai makan. Jam menunjukkan 11 malam. Mereka menanyakan kepada tuan kedai sama ada dia tahu lokasi yang tertera dan ternyata tuan kedai itu tahu. Dia menyuruh anak lelakinya menghantarkan mereka ke lokasi tersebut.

Rumah yang dicari itu tidaklah jauh dari gerai makan itu. Mengambil masa 15minit sahaja. Sebaik sahaja tiba, lelaki tersebut pulang ke gerai milik ibunya. Mereka berada di hadapan rumah pemilik telefon bimbit tersebut. Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, mereka terkejut begitu juga tuan rumah tersebut. Pemiliknya bernama Rokiah bt Ahmad. Diyana menangis dan memeluk Rokiah. Begitu juga abangnya.  Barulah abangnya tahu mengapa Diyana beriya-iya ingin mencari pemilik Blackberry itu, kerana Blackberry itulah mereka bertemu dengan ibu mereka yang telah lima tahun terpisah.




ni assignment sbnrnya..huhuhu...tp mcm best je..huhuhu

don't know what to say..

Assalamualaikum..hai korg..lama giler xupdate..huhuhuhu..hurmmm apa aku nak merepek ek?? enth ar..aku pun xtau...