song!

Thursday, January 12, 2012

KERANA BLACKBERRY

Mengisahkan seorang perempuan, Diyana yang terjumpa sebuah telefon bimbit jenama Blackberry. Jadi dia pun pergi ke pusat Blackberry untuk mencari pemilik telefon itu. Jam menunjukkan  12 tengahari. Pekerja disitu memberinya nama, nombor telefon dan alamat pemilik telefon bimbit tersebut. Pemilik telefon tersebut menetap di rumah sewa sekitar Kuala Lumpur. Kemudian Diyana pergi ke rumah tersebut. Dia sesat dan tidak menjumpai jalan menuju ke rumah pemilik. Hampir satu jam Diyana sesat dan akhirnya barulah dia menjumpai rumah yang dia cari. Ketika itu jam menunjukkan 1.30 tengahari. Tuan rumah tersebut mengatakan yang orang yang cari telah pindah dan tidak menetap lagi disitu. Dia diberitahu yang pemilik rumah tersebut kini menetap di Johor Bahru. Dia perlu berfikir sama ada perlu atau tidak dia ke Johor Bahru untuk menghantar telefon tersebut. Dia mengajak abangnya untuk menemannya dan pada mulanya abangnya tidak mahu, tetapi Diyana beriya-iya mahu mencari pemilik Blackberry itu dan akhirnya abangnya bersetuju.

Dia kemudian pergi ke rumah baru pemilik tersebut di Johor Bahru pada pukul 2.30. Sebaik sahaja tiba di Johor Bahru, kereta milik perempuan tersebut rosak dan terpaksa dihantar ke bengkel. Jam ketika itu sedang menunjukkan 7.30 petang. Pada jam 8.30 malam barulah mereka pergi ke destinasi. Hampir satu jam dan mereka masih belum jumpa rumah pemilik telefon bimbit tersebut. Mereka berhenti di sebuah perhentian bas ditepi jalan. Dia dan abangnya berpecah untuk mencari lokasi tersebut. Diyana menyeberang jalan untuk bertanya kepada dua orang lelaki. Dia ingin bertanya di manakah lokasi seperti yang tertera di kertas tersebut. Tiba-tiba begnya diragut dan mereka melarikan diri menggunakan motosikal.

Tapi malangnya, peragut tersebut salah. Disangkakan beg itu mempunyai barang berharga, tapi ternyata tidak. Diyana seorang yang bijak. Dia tidak meletakkan beg duitnya, telefon bimbitnya dan telefon bimbit yang dijumpai itu ke dalam begnya tapi diletakkan dalam saku seluarnya. Dia dan abangnya pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Ketika itu jam sudah menunjukkan 10 malam. Mereka meneruskan perjalannya mereka. Mereka berhenti untuk makan malam. Seharian mereka tidak makan. Mereka berhenti disebuah gerai makan. Jam menunjukkan 11 malam. Mereka menanyakan kepada tuan kedai sama ada dia tahu lokasi yang tertera dan ternyata tuan kedai itu tahu. Dia menyuruh anak lelakinya menghantarkan mereka ke lokasi tersebut.

Rumah yang dicari itu tidaklah jauh dari gerai makan itu. Mengambil masa 15minit sahaja. Sebaik sahaja tiba, lelaki tersebut pulang ke gerai milik ibunya. Mereka berada di hadapan rumah pemilik telefon bimbit tersebut. Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, mereka terkejut begitu juga tuan rumah tersebut. Pemiliknya bernama Rokiah bt Ahmad. Diyana menangis dan memeluk Rokiah. Begitu juga abangnya.  Barulah abangnya tahu mengapa Diyana beriya-iya ingin mencari pemilik Blackberry itu, kerana Blackberry itulah mereka bertemu dengan ibu mereka yang telah lima tahun terpisah.




ni assignment sbnrnya..huhuhu...tp mcm best je..huhuhu

2 comments:

  1. assignment kelas apa ni? ayah agi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtar...assignment miss wani...huhuhuhu..lecturer baru...

      Delete