song!

Tuesday, October 30, 2012

KAULAH SEGALANYA!!

Assalamualaikum! hai semua..
hari ni aku nak bercakap tentang 'KAULAH SEGALANYA'..
pernah dgr lagu tu? lagu 2 ada 2 version, 1 dari Indonesia dan 1 lagi dari singapura..
tapi aku lebih suka version singapura nyanyia Hazrul Nizam kalau tak silap lah...
aku tak tau kenapa..setiap kali aku dgr lagu ni, aku rasa sebak..
lagu ini boleh ditujukan kepada pasangan yang bercinta, baru berkahwin, sudah lama berkahwin (nak manja2 lah tu)..atau pun untuk rakan2 baik anda..


hah! yg gmbr kat atas ni..mmbr2 aku dekat Felda D'saji (ketering)..dalam masa sebulan je..ktorg dh boleh ngam..sbb masing2 sporting..so aku start nyanyi lagu Kaulah Segalanya..semua terikut agy2 Ekin ngan Ika..2 beradik yg sangat happening..yg mna 1? kolum bawah skali sebelah kanan (pembaca)..so bila nyanyi lagu tu, akan teringat ar kat dorg semua..


hah! yg ni plak antara kwn2 aku yg sentiasa buat aku ceria..huhuhu...lagi2 yg atas skali...2 gmbr tu..best friend aku tu...ktorg sama2 minat lagu ni...kalo play je..masing2 nyanyi ngan penuh perasaan..hhahahahah...yg lain ni...lyn je lagu apa yg aku nak play...hahhhahahahaha...

Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinarikan
Mekar semula hatiku,

Kau lukis hidupku
Kau hias hatiku
Kau sambut cintaku tulus ikhlas
Suci hatimu kasih

Kaulah segalanya,
Yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya
Yang ku cintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati

Hulur tanganmu kasih,
Sambut cintaku,
Jangan tinggalkan daku seorang diri
Tak sanggup lagi dilukai

Maafkan aku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu, betapa pahit mu,
Menerima sejarah hidupku

Kaulah segalanya,
Yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati

Cintaku padamu, ikhlas sejati..

keikhlasan dalam persahabatan itu sangat penting. janganlah menilai seseorang kawan itu melalui luarannya tetapi melalui dalaman. cinta juga tidak semestinya untuk seseorang yang bergelar lelaki, tetapi cinta dan sayang terhadap sahabat perlu ada. jadi, hargailah sahabat anda sebaik-baiknya...



Thursday, October 25, 2012

FAMILY MUSANG BERJANGGUT

Assalamualaikum...hai semua!!!
ok...setelah hampir sebulan semester 5 melabuhkan tirainya....
aku merindui saat2 kami bersama..

TEATER LAGENDA: MUSANG BERJANGGUT


ni ialah 7 perlakon yang dinilai...


kami ialah perlakon tambahan...


ni pulak penari dan pelakon tambahan....

SHOW TIME!!!



 

 


 



pengarah & tenaga artistik...

aku sangat merindui kenangan teater ni..walaupun aku tidak dinilai...tapi kami seperti keluarga... :)





Tuesday, October 23, 2012

SUNYI...

Assalamualaikum....hai semua...
kali ini aku nak bercakap tentang 'SUNYI'...
itu yg aku sedang rasa skrg...uhuhuhu

menurut kamus dewan, Sunyi bermaksud tak ada bunyi, suara, lengang, senyap dan sama waktu dengannya...tapi sunyi yang melanda dalam diri aku ni..sunyi tanpa kawan2 aku...

selama 2 tahun setgh..aku bersama2 dia..susah senang dengan dia..sakit dia..sakit aku...susah dia..susah aku..kami senang bersama...aku akui kdg2 kami mudah terasa hati..tp bg kami..itu semua perkara biasa...aku teringat kata2 seseorg pada aku...

"mencari suami berbeza dengan mencari kawan sejati..mencari suami biarlah kontra dengan kita..tapi mencari kawan sejati biarlah sekepala dengan kita.." dan akan aku igt kata2 tu...

aku bahagia apa yg dia kecapi sekarang...kebahagiaan dia..kebahagiaan aku juga...walaupun aku masih tersangkut disini, tapi kata2 semagat yg dia berikan pada aku..akan aku gengam untuk dijadikan semangat pada aku...

arggghhhh!!! tapi aku tetap merasa kehilangan...saat aku berjuang sendirian..aku tetap merasa kesunyian...siapa lagi yg akan membebel ditelinga ku? kejut aku bangun untuk ke kelas? marah aku jika tidak melakukan assignment? tegur kesalahan aku? makan bersama2? menangis bersama2? siapa kah? arrghhh!!! sedihnya kalau di ingat balik...

aku tak suka sunyi..memang life aku kalau tidak ngan keluarga..aku akan bersama dengan kawan2 aku...sunyi membuatkan aku menitis air mata...AKU TAK SUKA KESUNYIAN...



SUNYI....

Friday, October 19, 2012

Sengal..

hari ni aku nak bercakap tentang perkataan 'SENGAL'...
'Sengal' sebenarnya bermaksud sakit sendi2..lenguh badan2..yang sama waktu dengannya....
tetapi 'Sengal' juga mempunyai maksud tersendiri...huhuhuh
ianya sering digunakan oleh remaja sekarang...

'Sengal' yang aku maksudkan ialah sama maksud dengan bengong..huhuhu...
rakan2 aku sering menggunakan perkataan tu jika aku melakukan sesuatu yang kdg2 bagi mereka kelakar...dan mereka akan berkata begini.. "sengal lah kau ni..."
junior2 aku pun begitu..."sengal lah akak ni..."...

aku akui kdg2 aku juga akan menggunakan perkataan yang sama kepada mereka...
sampai rakan aku menggelarkan aku...'SENGAL'..dan letak di telefon bimbit dia.. 'Ekin Sengal'...hahahaahah....benda tu kdg2 buat aku ketawa sendirian bila diingat balik..heheheheh

kadang2 aku akan berkata begini kalau seseorang kata 'Sengal' kat aku...

"no wonder ar badan aku selalu sakit2..sengal2...rupanya kau orang selalu sebut perkataan tu'..hahahahah
bnda tu membuatkan dorg ketawa dan "sebab tu ar aku kata kau SENGAL"....apa yg aku bleh wat ialah... senyum smpi ke telinga... :)

Thursday, October 18, 2012

Artistic Writing July'10

Assalamualaikum!! hai semua...
hari ni aku nak update tentang tajuk diatas...
apa mksudnya?
aku merupakan pelajar Diploma Artistic Writing di UiTM Puncak Perdana...Fakulti Filem, Teater & Animasi....jom tengok gmbr dibawah....


ni lah kami ketika berada di semester 1..kalau cari aku memang tak jumpa..sebab masa ni aku lari..sbb muka aku menggelupas teruk masa tu..huhuhuhu....kami tidak di interview untuk masuk dalam jurusan ni...jadi sebahagian dari mereka tidak tahu apa2 tentang jurusan ni..tapi alhamdulillah 90% dari mereka akan bergelar graduan tidak lama lagi...
bila di tanya tentang juruasan ni..pilihan jurusan..sume kata ni merupakan pilihan 4..pilihan ke 5..6..8 dari 8 pilihan...apa yang mereka harapkan semuanya tidak berjaya...tapi mereka tetap meneruskan apa yang telah mereka perolehi....


lelaki ini ialah pensyarah kami..seorang sasterawan iaitu Abdul Ghaffar Ibrahim..atau lebih mesra dipanggil AGI...tapi kami gelarkan dia Ayah AGI...beliau seorang yang sangat jujur dan berhati mulia. walaupun kata-katanya kdg2 menyakitkan hati, tapi mempunyai maksud yang tersembunyi...bila difikirkan balik, ada betulnya..beliau makan garam dulu dari kami..pengalaman jgn dipersoalkan..bagi kami beliau adalah pensyarah terbaik kami...sepanjang 2 tahun stgh kami bersama...dan aku mendpat gelaran baru 'SHERRY'.. hahahahha...jujur aku kata, mula2 memang aku tak suka dengan gelaran tu..tapi lama2 aku terima dan aku mula merindui suaranya yang memanggil aku dengan panggilan 'SHERRY'....


well..ni lar kami setelah 2 tahun setengah...aku tetap tak ada dalam gambar..sbb masa tu aku sedikit emosi..hehehehe...yelar sedih utk tinggalkan kawan2...5 semester kami bersama..suka duka..gaduh...berbaik...kutuk mengutuk..semua ada...tapi kami tetap bersama...mungkin kita tidak lagi bersama selepas ini...tapi setiap memori akan terpahat dalam ingatan...sekali lagi tahniah kepada korg semua kerana bakal bergelar graduan Diploma Artistic Writing, Fakulti Filem, Teater & Animasi, UiTM...

remember...

EVERYTHING STARTS WITH WRITING...

:)

Wednesday, October 17, 2012

Friends Ever...

Hai Assalamualaikum...huhuhuhuh
dah lama sangat aku x update blog..
terasa nak update plak..jom tengok tajuk... Friends Ever...

dalam kehidupan kena ada kawan...tak kisahlah siapa kawan kita..lelaki atau perempuan..penerimaan kita terhadap rakan kita sangat penting. mungkin orang itu tidaklah kaya..tidak sempurna..tapi penerimaan kita bagaimana pula?

penerimaan aku terhadap kawan aku? aku menerima sesiapa yang ingin berkawan dengan aku..tipulah kalau aku cakap aku tak pernah sakit hati dengan kawan aku sendiri...aku akui aku tak pandai nak marah terlalu lama..kerana aku mudah mengalah...tapi orang yang pandai tangkap waktu aku tengah marah adalah orang yang bijak dan betul2 mengenal aku...aku mempunyai pendirian..jika seseorang itu menerima aku seadanya..aku juga akan menerima seseorang itu seadanya...siapakah kawan aku itu? jeng..jeng..jeng....


hah!! ni lah kawan aku..yang free hair tu tau..(tudung merah tu aku)...huhuhuhu...nama dia Intan Syawani Abdul Wahid..dia antara kawan aku sejak aku mula jejakkan kaki dekat puncak...classmate aku..aku sayang dia mcm aku sayang keluarga aku sendiri..aku sedih kalau dia nangis..dia tau masa bila aku marah..kalau aku ttba diam..xlyn orang sangat..dia tau aku tengah marah...dia satu2nya yang kawan aku yang terbaik aku pernah jumpa...aku hampir marah seseorang yang membuatkan dia nangis..tp aku masih kawal emosi..aku akui..kami tidak serapat dulu..kerana dia amat disenangi oleh rakan2 yang lain..tp dia tetap menadah telinganya untuk mendengar setiap masalah aku atau rakan2 nya yang lain..aku faham orang bercinta mmg sibuk..tp dia tak pernah lupa kawan2 dia...dia juga antara kawan aku yang selalu bebel kat telinga aku tapi bg aku..aku suka..sbb tak menyakitkan hati..aku pernah marah dia tanpa usul periksa..tapi ianya tidak lah melarat..tp masing2 bijak mengawal emosi..dan dia pandai meredakan keadaan..hehhehehe.. aku berjaya mengawal emosi saat dia ucapkan selamat tinggal..tp aku senyum...walaupun hakikatnya aku terlalu sedih... :)


hah!! yg rambut tinggi ni pulak, Nurfahara Ain. sape dia pada aku? dia adik aku..hahah asal aku cakap macam tu? perwatakannya yang gedik dan manja membuat kan aku berkata begitu. aku mula kenal dia masa semester 1..tapi semakin lama, kami semakin renggang dan buat hal sendiri..jarang tegur lepas tu..sbb masing2 terikat dengan komitmen masing2..aku dengan dia bukan lah sekelas..kami berlainan jurusan tetapi kami satu fakulti..kami kembali rapat ketika semester 5..aku dan Intan join showcase Teater Lagenda Musang Berjanggut dan dia ialah Pengurus Produksi (PM)..aku boleh cakap dia PM yang baik..sbb aku pernah cuba ponteng latihan dan aku cakap 'kalau kau nak aku datang latihan, kau kena call aku..sbb aku nak tidur'...dia call betul2..tak sangka aku...dia mudah gelabah tapi aku suka tengok dia..hahahahha....setiap masalah aku banyak luahkan pada dia..dan dia antara mangsa aku yang aku suro untuk kejutkan aku bangun tidur..heheheeheh....lagi satu aku nak bagitahu, dia seseorang yang sangat mudah mengalirkan air mata...aku gelarkan dia SENGET..gara2 filem H.A.C.K.S..aku pernah buat dia nangis..mula2 sbb aku pura2 sentap dengan dia..lepas tu aku marah dia...agy 1 dia hampir nangis bila dia igt aku sentap dengan kata2 dia..masa tu aku bergurau dengan dia..try nak bwk lari fon dia..ttba dia ckp mcm ni... 'bila aku dah ngantuk, aku tak suka pandang orang yang aku tak suka'..aku terus diam n aku pulangkan balik fon dia..dia igt aku sentap..dengan sekuat2 nya dia tarik aku..tenaga mana aku pun tak tau...hehehehehhehe...

persahabatan yang indah adalah persahabatan yang kekal. Sahabat yang baik adalah sahabat yang menerima kebaikkan & keburukan sahabatnya..sahabat yang jujur adalah sahabat yang tidak menggunakan kelebihan sahabatnya itu..ingatlah...

PERSAHABATAN YANG TERJALIN LEBIH BERMAKNA BANDING PERCINTAAN YANG MASIH KABUR HALA TUJUNYA