song!

Monday, July 25, 2011

OM SHANTI OM (part 1)

Om Shanti Om..mengisahkan seorang jejaka yg merupakan seorang pelakon tambahan yg bernama Om Prakash. Dia dan kawannya Pappu sering berangan untuk menjadi pelakon popular.


Dia juga sudah jatuh cinta dengan seorang pelakon wanita yg cantik jelita iaitu Shantipriya.



Selepas Om berjaya menyelamatkan Shanti dari satu pengambaran untuk filem terbarunya, mereka akhirnya menjadi kawan. 


Pada suatu hari, Om terdengar perbualan Shanti dengan seorang producer filem terkenal Mukesh Mehra. Akhirnya barulah dia tahu bahwa Shanti merupakan isteri kepada Mukesh Mehra. Walaubagaimana pun Mukesh tidak mahu mengumumkan bahawa Shanti merupakan isteri.


Semuanya berubah setelah Shanti memberitahu yang dia kini mengandung. Akhirnya Mukesh menerimanya dan akan membuat majlis sempena perkahwinannya. Sebenarnya, Mukesh mahu membunuh Shanti kerana takut terlepas wang sejumlah jutaan ringgit jika dia memperkenalkan Shanti kepada orang ramai.



Mukesh telah merancang untuk membunuh Shanti di sebuah set pengambaran. Dia telah mengurung Shanti dan membakar set tersebut. Om yang kebetulan berada disitu cuba menyelamatkan Shanti tetapi dihalang oleh orang-orang suruhan Mukesh. Kerana cinta, akhirnya Om berjaya masuk ke dalam set tersebut. Dia mencari Shanti dan cuba menyelamatkannya.

Walaubagaimana pun, Om gagal menyelamatkannya, dan bangunan tersebut meletup dan terbakar sepenuhnya. Om kemudiannya mati.

30  tahun kemudian...

seorang pelakon yang popular kini diperkenalkan iaitu Om Kapoor atau OK...seorang pelakon sangan demand dan menganggap dia adalah yang terbaik sehinggalah dia di ikhtiraf sebagai pelakon terbaik. Kejayaannya disambut oleh rakan-rakannya yang lain dengan satu parti diadakan oleh ayahnya.




ketika dia sedang bergembira dia ternampak seseorang yang pernah dia kenali dulu.


Mukesh Mehra or Mike. Kini dia telah menjadi producer terkenal dia hollywood. Ingatannya akhirnya kembali pulih. Dia sebenarnya Om Prakash. 









..bersambung

No comments:

Post a Comment