song!

Monday, March 21, 2011

Kasih Ibu membawa ke Syurga....

"Emak, Ika sekarang dah berjaya emak. Ika dah capai cita-cita Ika untuk jadi seorang doktor. Alangkah bagusnya kalau emak ada lagi sekarang. Emak boleh tengok anak emak ni..."Kata seorang anak di kubur emaknya..

Setahun yang lalu..

"Ika, kenapa Ika balik lambat? Tak elok tau anak dara balik lewat macam ni." tanya emak kepada anaknya.
"Ika dah besar lar mak!! Tahu lar Ika jaga diri" marah anak kepada ibunya dan terus masuk ke bilik.

Emaknya hanya mampu mengeluh dan tidak mampu berkata apa-apa. Pada malam itu, si emak membuat Qiamulai. Dia melakukan Solat Hajat dan dia memohon agar dia dan anaknya Ika di ampunkan dosa-dosa mereka dan si emak memohon kepada Allah agar membukakan pintu hati anaknya untuk kembali taat kepada Allah dan taat kepada ibunya.

Ika hanya satu-satu anak yang ada. Si suami telah meninggal dunia sejak dua tahun yang lalu. Sejak kematian suaminya, si anak mula berubah. Si anak tidak seperti dulu. Ika seorang yang taat kepada Allah dan tidak pernah ingkar kata-kata ibubapa. Ika juga seorang anak yang pintar. Walaubagaimana pun, itu semua dulu.

Sekali lagi Ika pulang lewat. Ketika dia ingin masuk ke dalam bilik, dia ternampak emaknya sedang solat. Dia terdengar emaknya memohon kepada Allah untuk bukakan hatinya dan kembali taat kepada Allah dan emaknya. Apa yang paling menyentuh hati Ika, apabila emaknya memohon agak Allah mengampuni segala dosa-dosa mereka. Ika lari mendapatkan emaknya dan dia memohon ampun atas kesalahnya sebelum ini. Emaknya sudah lama memaafkan dosa anaknya itu.

Keesokkan pagi, Ika bangun awal dan dia berazam untuk berubah. Selesai solat subuh, dia mengejutkan ibunya yang terbaring di atas katil. selepas 5 minit, ibunya tetap tidak mahu bangun. Ika merasa kaki ibunya sejuk dan tidak bernafas. Di tepi katil, dia terlihat sepucuk surat tertera namanya.

Wahai anakku Ika yang emak kasihi..
Maaf kan emak jika selama ini emak pernah menyakiti hati kamu..
Dan maafkan emak kerana selama ini emak berahsia dengan kamu.
Emak sebenarnya sudah lama sakit..
Emak disahkan mengidap penyakit Barah Otak..
Emak tidak mahu memberitahu kerana takut akan menganggu pelajaran kamu..
Jika ditakdirkan umur emak tidak panjang, 
emak berharap agar kamu berubah dan kembali ke jalan yang benar.
Walaupun emak dan ayah sudah tiada di dunia, 
kamu kena ingat..yang kami akan selalu di hati kamu dan di ingatan kamu..
Salam sayang dari emakmu....

Berjurai air mata Ika setelah membaca surat itu. Dia menyesal kerana tidak mendengar kata-kata emaknya sebelum emaknya mati. Dia memeluk emaknya dan meronta memohon keampunan dari ibunya. Walaupun dia berkelakuan kasar terhadap emaknya, emaknya tidak pernah menyumpah malah emaknya memohon kebaikkan untuk anaknya. Inilah yang di katakan Kasih Ibu membawa ke Syurga.


sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup....

No comments:

Post a Comment